Monday, September 16, 2013

~One Stop Centre~ "Anda Tanya Kami Jawab" Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam





Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum warahmnatullah…
Segala puji-pujian kehadrat Illahi, selawat dan salam keatas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Pada 09 Oktober yang lalu, Lajnah Akademik PMFPI dengan kerjasama semua Exco-Exco PMFPI telah  menubuhkan One Stop Centre yang bertempat di Singgahan Ilmu dan Makmal Bahasa Arab aras 1 Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 OSC ini telah berlangsung selama seminggu iaitu dari tarikh 09 sehingga 13 Oktober 2013. Tema OSC pada kali ini ialah “ Anda Tanya, Kami cuba Jawab”. Matlamat utama penubuhan OSC ini adalah bertujuan bagi memudahkan pelajar baru ( tahun 1) Fakulti Pengajian Islam merujuk hal-hal berkaitan Akademik pelajar. Antaranya, berkaitan Sistem Maklumat Pelajar(SMPWEB) iaitu daftar gugur kursus para pelajar. 

Selain itu, OSC ini juga berperanan sebagai tempat rujukan utama pelajar-pelajar baru FPI untuk bertanya mengenai kedudukan dewan-dewan atau kelas-kelas tutorial mereka. Seterusnya, pihak PMFPI turut mengedarkan jadual kuliah dan borang Usrah kelab IsiUkm untuk para pelajar baru FPI.
           
            Kesimpulan, One Stop Centre ini dilihat sebagai satu medan utama bagi pihak Lajnah Akademik PMFPI mengorak langkah kearah yang lebih baik disamping dapat menjalinkan ikatan silaturrahim dalam kalangan pelajar senior dan junior FPI, UKM. Harapan kami, semoga OSC ini dapat membantu dan memudahkan pelajar baru FPI menguruskan hal-hal berkaitan akademik mereka. Segala kerjamasama daripada semua pihak kami dahulukan dengan Jazakallahu Khairan Kathira dan moga hasil usaha ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Wallahua’lam..


.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.
Lajnah Akademik
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2104









No comments:

Post a Comment