Thursday, February 11, 2010

DISKUSI FIQH MUAMALAT : Ar-Rahn

AR-RAHN

Tahukah anda apa itu Ar-Rahn? Ar-Rahn bermaksud gadaian. Ia bermaksud menjadikan sesuatu barang yang bernilai sebagai cagaran kepada hutang dan akan digunakan untuk melangsaikan hutang sekiranya hutang tersebut tidak dapat dibayar.

Berikut merupakan definisi bagi istilah-istilah yang digunakan dalam al-Rahn :

1. Ar- Rahn = Gadaian
2. Al- Rahin = Penggadai
3. Al-Murtahin = Penerima gadaian
4. Al- Marhun = Barang gadaian

Syarat gadaian

1. Mutlak Tasarruf : Penggadai mestilah seorang yang memiliki kelayakan mutlak untuk menjalankan transaksi gadaian.

2. Gadaian mestilah atas sebab kerana adanya hutang. Oleh itu, gadaian yang dibuat tanpa adanya sebab hutang adalah tidak sah.

3. Lafaz ijab dan qabul.

4. Akad gadaian terhadap hutang boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh penggadai selagi mana barang gadaian tersebut belum diserahkan kepada penerima gadaian.

5. Barang gadaian tersebut mestilah dalam bentuk harta (ain) yang boleh dijual beli. Oleh itu, tidak sah menggadaikan sesuatu manfaat.

6. Kos penjagaan barang gadaian adalah dibawah tanggungan ar-Rahin.

7. Penjagaan terhadap barang gadaian adalah di bawah tanggungjawab al-Murtahin.

8. Sebarang hasil daripada barang gadaian adalah hak milik al-Rahin. Contohnya seperti susu daripada haiwan ternakan dan buah-buahan daripada pokok yang digadai.

9. Tuntutan gantirugi terhadap kerosakan barang gadaian yang bukanlah kerana kecuaian al-murtahin tidak boleh dilakukan sama sekali.

10. Namun,tuntutan gantirugi boleh dilakukan terhadap al-Murtahin sekiranya kerosakan barang gadaian berlaku atas sebab kecuaian al-Murtahin itu sendiri.

No comments:

Post a Comment