Monday, June 25, 2012

Tahniah Rakyat Mesir!

Dr Muhamad Mursi 
Tiada tangisan yang lebih bermakna dari tangisan melihat kemenangan Islam. Itulah yang dapat disaksikan apabila pengumuman dibuat bahawa Dr. Muhammad Mursi mewakili parti Ikhwanul Muslimin dan Freedom and Justice Party (FJP) menang dalam pemilihan Presiden Mesir pada kali ini.


Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) UKM mengucapkan tahniah atas kemenangan Dr. Muhammad Mursi yang telah berjaya memperolehi undi sebanyak 13,237,000 berbanding lawannya Ahmed Syafiq yang memperolehi 12,338,973 daripada jumlah undi keseluruhan 25,575,973.


Sujud Syukur Rakyat Mesir setelah keputusan pemilihan Presiden  Mesir yang baru
Tahniah sekali lagi PMFPI ucapkan di atas pengisytiharan Presiden Mesir pertama selepas revolusi. Tahniah juga kepada seluruh umat Islam yang sentiasa mendoakan agar kemenangan ini beroleh kepada insan yang selayaknya. 

Semoga kemenangan ini membuka jalan tertegaknya sebuah wilayah yang dipimpin mengikut ajaran Islam. Jika Mesir juga telah dimenangi oleh Presiden yang perjuangkan Islam, maka tidak mustahil di negara-negara lain juga akan diberikan insan seperti ini. InsyaAllah.

Kami PMFPI sentiasa mendoakan supaya Presiden serta kepimpinan baru ini teguh menggalas bebanan tanggungjawab memerintah Mesir kerana pastinya cabaran mendatang akan lebih hebat. Allahuakbar!!!

2 comments:

  1. Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti buat hamba2NYA yg beriman~ Takbir! Allahu musta'an!!

    ReplyDelete