Monday, January 13, 2014

~ Salam Maulidur Rasul l 12 Rabiul awal 1435 H l 14 Januari 2014 ~


Assalamualaikum WRH WBT.




"Kekasih Allah,
cinta mu teragung, rindu pada umat mu tak pernah jemu
tiap titis air mata, kerna cinta ke syurga
Ya Rasulullah , diri ini, mendamba saat bersama mu di syurga.
Syafaatkan kami..."



لَقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِىۡ رَسُوۡلِ اللّٰهِ اُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَنۡ كَانَ يَرۡجُوا اللّٰهَ وَالۡيَوۡمَ الۡاٰخِرَ وَذَكَرَ اللّٰهَ كَثِيۡرً
Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi mu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah (Al-Ahzab : 21)

Tanggal 12 Rabiul awal Tahun Gajah, lahir seorang bayi yang bernama Muhammad Bin Abdullah, lahirnya membawa rahmat ke seluruh alam, seluruh alam merasainya.
Di utuskan kerasulan pada umur 40 tahun di kala umur mudanya, Rasulullah SAW ditaklifkan untuk menyampaikan risalah kepada seluruh umat supaya beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW serta berpandukan kepada kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada baginda iaitu al-Quranulkarim. Nabi Muhammad SAW berijtihad dan berjihad menyebarkan risalah tersebut dan disambung oleh para sahabat, tabi' tabiin, seterusnya para ulama warosatul anbiya'.


Allah mengutuskan Rasulullah SAW bukan sahaja untuk membacakan ayat-ayat alQuran kepada manusia tetapi juga untuk melaksanakan dan menegakkan seluruh ajaran dan tuntutan yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut.

Rasulullah SAW telah melaksanakan perintah Allah melalui sunnahnya. Bukan setakat itu sahaja, tetapi sunnah baginda ini telah dihayati sepenuhnya oleh satu generasi manusia yang besar bilangannya. Tujuannya tidak lain agar sunnah perjuangan tersebut dapat diabadikan sebagai warisan dan bekalan yang kekal untuk generasi-generasi mukhlisin dan mujahidin yang akan muncul dari zaman ke zaman dalam kalangan umat manusia hingga ke akhir zaman. 

Barbahagialah orang-orang yang mendokong sunnah perjuangan daripada sirah Rasulullah SAW dan berbahagialah orang-orang yang membentuk dirinya menurut acuan pembentukan para sahabat - Generasi al-Quran yang Unggul-.

Rasulullah..
Walau tak pernah melihat wajah mu,
Kami Cuba Mengingati mu,
Dan kami cuba mengamal sunnahmu,

Kami Sambung perjuanganmu,
walau kami dicaci dihina,
tapi kami tak pernah kecewa,
Allah dan Rasul sebagai pembela.

Kitalah : Rantai-rantai Penyambung Perjuangan Rasulullah SAW

✿  Sedarilah wahai umat Muhammad SAW, tanpa perjuangan Nabi dan para sahabat baginda yang dirahmati Allah dengan kuasa Allah, Islam tidak akan tersebar, kita tidak mungkin dapat merasai nikmat iman dan Islam.

Sabda Rasulullah SAW, Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-sama ku di dalam syurga. (Riwayat al-Sajary drpd Anas)

✿ Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, amalkan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian kita dan menyambung perjuangan baginda SAW.
Kalau bukan kita, siapa lagi ? Kalau bukan sekarang bila lagi?
JOM hidupkan sunnah baginda yang kita cintai dan rindui.

✿ Perbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kasih kepada baginda.
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (33:56)

Dari Abu Hurairahzbahwa Rasul Allah Subhannahu wa Ta’ala bersabda ;
“Barang siapa berselawat terhadapku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim)

✿ Semoga, kasih kepada baginda bertambah-tambah dari hari ke hari di samping sentiasa mengamalkan sunnah baginda

.

Allahumma solli 'ala muhammad...

:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::

Ikhlas dari kami..
Saff Pimpinan,
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 2013/2014

l Lanjah Informasi dan Penerbitan PMFPI 2013/2014 l

No comments:

Post a Comment