Thursday, March 18, 2010

Agama Islam : Satu Cara Hidup

Cara minum yang betul

Ketika minum air, Rasulullah tidak menggalakkan seseorang menghabiskan minumannya dengan satu teguk. Menurut Tarmizi, nabi bersabda "Janganlah kamu habiskan minuman dengan satu teguk seperti unta tetapi minum dengan dua ataupun tiga teguk.Sebut Bismillah apabila kamu hendak minum dan puji Allah apabila kamu selesai". Imam muslim mengatakan bahawa cara minum ini lebih menghilangkan dahaga,lebih menyihatkan dan lebih menghadamkan.

Mengunyah dengan sempurna

Makanan yang keras seperti daging perlu dikunyah sedikit demi sedikit. Jika tidak ia akan mendatangkan kesan yang negatif kepada sistem penghadaman. Menurut Tarmizi, Nabi muhammad bersabda "Gigit daging sedikit demi sedikit dengan gigi kamu. Cara ini lebih lazat dan membantu penghadaman".

Membasuh tangan dan menjilat jari

Membasuh tangan sebelum makan berkait rapat dengan penjagaan kesihatan yang dituntut pada hari ini. Menurut Tarmizi dan Abu Daud, Rasulullah berkata "keberkatan makanan bergantung kepada amalan berwudhuk sebelum dan selepasnya". Kalimah 'berwudhuk' dalam hadis ini bermaksud membasuh tangan. Setiap makanan juga mempunyai zat-zatnya. Zat-zat ini bermanfaat bagi tubuh badan kita walaupun sedikit. Membuang makanan walaupun sedikit bermaksud membuang sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat. Justeru umat Islam dididik menghargai makanan dengan menjilat jari-jari mereka dengan bersopan dan beradab selepas makan.Menurut Muslim,Kaab bin Malik melaporkan "Rasulullah makan sesuatu dengan menggunakan tiga jari dan baginda menjilat jari-jari sebelum mengesat tangan".

Dipetik daripada Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Dr.Danial Zainal Abidin.

No comments:

Post a Comment