Friday, March 19, 2010

Tingkat-tingkat keyakinan

1. ILM AL-YAKIN

Keyakinan yang terhasil daripada ilmu atau yang diberitakan dan kemudiannya didengari telinga.

Firman Allah "Jangan sekali-kali bersikap sedemikian ! Kamu akan mengetahuinya kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)" (al-Takathur 102 : 3/5)

Contoh : Si A tidak mengenali madu,apatah lagi merasai madunya. Namun diberitakan oleh seseorang yang dipercayainya bahawa madu itu rasanya manis. Maka si A percaya sepenuhnya bahawa madu itu manis walaupun tidak pernah melihat atau merasai madu itu.

2. AIN AL-YAKIN

Keyakinan yang terhasil daripada apa yang dilihat oleh mata.

Firman Allah yang bermaksud : "Selepas itu -demi sesungguhnya- kamu (wahai orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)."
(Surah al- Takathur 102 : 7)

Contoh : Si B tidak pernah merasai madu, namun dia pernah melihat setompok madu yang tumpah diharungi semut. Dia hanya melihat rupa bentuk madu, kelikatan madu, dan semut yang mengharungi madu, maka Si B yakin bahawa madu itu manis ,walaupun dia belum merasainya.

3. HAQ AL-YAKIN

Yakin yang terhasil daripada apa yang dilihat dengan mata.

Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya segala yang disebutkan itu adalah kebenaran yang diyakini. (Surah al-Waqiah 56 : 95)

Contoh : Si C sudah merasai madu. Tangannya sendiri pernah menyentuh madu, rasa kelikatan madu bagai bancuhan gula yang pekat. Dia juga sudah merasai manisnya madu, maka dia amat yakin bahawa madu itu manis.

sumber : Majalah Solusi Edisi 17

No comments:

Post a Comment