Thursday, November 3, 2011

Inspirasi Kecemerlangan MAKA ISIUKM


‘’ Seseorang penuntut ilmu dalam bidang apapun akan merasakan dorongan untuk sukses yang luar biasa apabila ia menjadikan perintah agama sebagai motivasi utamanya.Dengan itu, dia akan menjadikan masa –masa sukarnya dalam menuntut ilmu sebagai perjuangan suci (jihad) untuk meninggikan kalimah Allah’’.

Sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) anjuran Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM).

Semalam telah berlangsung  majlis apresiasi kepada ahli-ahli ISIUKM yang berjaya menggapai kecemerlangan  akademik mahupun kokurikulum dengan harapan, kejayaan mereka menjadi pendorong dan motivasi buat semua. Moga-moga apresiasi ini memberi semangat kepada mereka yang telah berjaya untuk terus meningkatkan prestasi serta menjadi pendorong kepada yang lain untuk meneruskan usaha dan mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya di samping menanam rasa cinta kepada ilmu.

Yang dinamakan mahasiswa, sewajarnya mempunyai nilai-nilai keintelektualan dan tinggi sahsiahnya. Menguasai bidang ilmunya serta menggarap ilmu  ke arah tindakan dan sumbangan untuk kebaikan ummah. Sahabat mahasiswa/i yang terpilih sebagai penerima anugerah di dalam majlis ini bukan hanya cemerlang akademiknya, bahkan juga aktif di dalam berpersatuan. Ini kerana dengan berpersatuan, ia mampu melatih kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam hidup. Berpersatuan bukanlah satu halangan untuk cemerlang dalam akademik, bahkan meningkatkan lagi potensi yang ada pada diri mahasiswa/i.

PMFPI mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH buat semua penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik ISIUKM mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam, iaitu Wakil tahun duaMuhamad Azan bin Safar dari Jabatan Pengajian al Quran dan Sunnah & Muhammad Syibli bin Yusof, Jabatan Dakwah dan Kepimpinan. Wakil tahun tiga: Tengku Nur Farah Nadia binti Tengku Zakaria dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam(Naib Yang Dipertua PMFPI) serta Rohanizan binti Abd. Ghani  dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (Setiausaha PMFPI). ISIUKM turut memberi penghargaan kepada saudara Muhammad Faiz bin Ismail, graduan Fakulti Pendidikan  di atas kejayaannya memperolehi Anugerah Tokoh Emas Universiti yang diterima baru-baru ini. 

Akhirnya, PMFPI mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada sahabat mahasiswa/i agar terus bersemangat dalam menuntut ilmu. Jadikanlah kejayaan mereka sebagai satu motivasi dan inspirasi. Moga-moga kecemerlangan menjadi milik kita semua dengan izin Allah. Menuntut ilmu satu perjuangan hingga ke akhir hayat. Ilmu itu pula perlu diseiringkan dengan penghayatan dan pengamalan secara amali.Ilmu tanpa amal itu ibarat pokok yang tidak berbuah. Alangkah beruntungnya apabila kita menanam pokok kita dapat memakan hasilnya iaitu buah yang begitu manis. Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah dan meningkatkan ketaqwaan kita.Semoga kita memperoleh rahmatNya sentiasa.




























~ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI~

No comments:

Post a Comment