Wednesday, November 9, 2011

SALAM AIDILADHA


Aidil Fitri dan Aidil Adha merupakan dua  perayaan agung bagi umat Islam. Anas bin Malik melaporkan sebagaimana yang direkodkan oleh Abu Daud dan al-Nasa'i:
''Rasulullah s.a.w tiba di Madinah dan ketika itu penduduk Madinah bergembira dengan dua perayaan mereka. Lantas, Baginda s.a.w bersabda:
''Sesungguhnya Allah Taala menggantikan kedua-dua perayaan itu dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya iaitu Aidil Adha dan AidilFitri."

Aidil Adha disambut dengan pelaksanaan ibadah korban (udhiyyah) oleh umat Islam. Korban (udhiyyah) adalah ibadah yang sangat dituntut dalam Islam, dilakukan pada bulan Zulhijjah, iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Tujuan utama ibadah ini adalah semata-mata untuk dijadikan sebagai satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah.  Ibadah ini merupakan sunnah yang telah dilakukan oleh bapa para nabi iaitu Nabi Ibrahim a.s.


Nostalgia abadi pengorbanan seorang ayah bernama Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah agar menyembelih anak kesayangannya, Ismail (surah al-Maaidah 5:27-30). Ketika mana baginda melihat dalam mimpi baginda menyembelih puteranya sendiri Ismail a.s., keyakinan baginda dan Nabi Ismail a.s terhadap Allah melebihi segala-galanya. Baginda rela mengorbankan anaknya dengan penuh keimanan kepada Allah. Begitu jua Nabi Ismail a.s. Ibadah korban mengajar kita agar mengikis kecintaan kepada selain Allah sebagaimana yang dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. Cinta dan kasihnya kepada Ismail begitu mendalam, tetapi kecintaan kepada Allah mengatasi segalanya. Kerana itu, Allah s.w.t memuji Nabi Ibrahim a.s dalam firmannya yang bermaksud :''Serta Kami menyerunya:'' Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang Engkau lihat itu.'Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.'' (surah al-Shaffat 37: 104-105).


Ibrah dari pengorbanan generasi terdahulu. Pengorbanan yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. Hidup ini merupakan satu perjuangan. Dan perjuangan memerlukan pengorbanan. Tidak rugi melakukan pengorbanan untuk meninggalkan perkara-perkara mungkar yang mungkin amat disukai dan sebati dengan diri demi mentaati Allah dan Rasul. Marilah sama-sama kita menegakkan nilai-nilai Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Akhir kalam, PMFPI mengucapkan Salam Aidil Adha buat semua. Hayati dan aplikasikan pengorbanan berlandaskan syariatullah~

~ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

No comments:

Post a Comment