Tuesday, November 1, 2011

MUKMIN DAN UJIAN


Subhanallah, Syafiq kemalangan”. Terkejut dengan berita yang disampaikan oleh kawannya, Ali. “Bila kita nak pegi melawat”. Tanya Saleh. “Selepas Asar”. Jawab Ali ringkas.
Situasi tersebut sering terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari. Kadang-kadang kita lupa bahawa sebenarnya kita diuji oleh Allah taala dalam pelbagai bentuk. Antara ujian yang perlu kita tempuhi setiap hari ialah ujian melaksanakan ketaatan, meninggalkan maksiat serta ujian berbentuk kesakitan. Allah berfirman yang bermaksud : “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah : 155)
Makna Sabar
Sabar ialah menahan diri daripada marah terhadap sesuatu yg tidak disukai serta menahan lidah daripada mengadu selain daripada Allah.
Jenis-Jenis Sabar
1.       Sabar dalam melaksanakan amal kebaikan.
2.       Sabar dalam meninggalkan maksiat.
3.       Sabar dalam menanggung ujian daripada Allah
Ganjaran Orang Sabar
Allah berfirman :
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".(Al-Zumar : 10)

Rasulullah SAW bersabda :
“Amat menghairankan sekali keadaan orang mu'min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya. Dan kebaikan yang demikian itu tidak akan didapati melainkan hanya untuk orang mu'min, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, ia pun bersyukurlah, maka hal itu adalah kebaikan baginya. Sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran (yakni yang merupakan bencana) ia pun bersabar dan hal ini pun adalah merupakan kebaikan baginya." (Muslim, Kitab al-Zuhd wa al-Raqaiq, Bab al-Mu’min Amruhu Kulluhu Khair)
Allah tidak akan menguji seseorang diluar batas kemampuannya. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah menghitung segala amalan yang dilakukan hambaNya..
Marilah sama-sama kita hiasi diri kita dengan sifat sabar..




No comments:

Post a Comment