Saturday, April 21, 2012

Kursus Pemantapan Akidah IV



PMFPI akan menganjurkan satu program '' Kursus Pemantapan Akidah '' pada 11-13 Mei 2012 ini  di Pusat Latihan JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan. 

Kursus ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan akidah yang sejahtera dalam kalangan individu muslim. Ini kerana, dalam dunia moden hari ini terdapat pelbagai cabaran yang melanda umat Islam khususnya berkait akidah. Antara yang selalu kita dengari ialah gejala murtad dalam kalangan umat Islam, penyebaran ajaran-ajaran sesat serta kemunculan pelbagai ideologi yang turut mengancam akidah ummah.

Justeru itu, kefahaman berteraskan ilmu yang benar adalah asas kepada penghayatan akidah yang teguh bahkan  mampu menjadi benteng kukuh  bagi menghadapi apa jua cabaran termasuk dakyah-dakyah yang dirancang oleh musuh Islam. Ayuh perkasakan keperibadian muslim dalam pelbagai aspek meliputi akidah, ibadah serta akhlak. Bersama kita jana keizzahan Islam, insyaAllah.

Penyertaan dibuka kepada mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam. Jom, daftar diri segera! Sekiranya berminat, hubungi Saudara Ari Kurniawan (019 3698003). Akhir kalam, PMFPI mengambil kesempatan ini, menyeru sahabat mahasiswa/i untuk terus memelihara akidah Islam yang benar. Semoga kita dipandu dengan suluhan hidayah dari Allah s.w.t  dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

No comments:

Post a Comment