Wednesday, April 4, 2012

Ulasan CITRA SISWI : Bedah Buku

Citra Siswi pada semester ini tampil dengan kaedah “Bedah Buku”.Sebuah buku bertajuk “Katalog Permaisuri Dari Kacamata Sunnah Nabawi” telah dijadikan sebagai bahan pengisian. Buku ini merupakan hasil tulisan penceramah jemputan iaitu Ustazah Qurratul Aien bt.Fatah Yasin. Berdasarkan tajuknya,  “Katalog” sudah pasti kita dapat membayangkan isi kandungannya merupakan barangan yang sangat berharga. Ini merupakan bayangan awal, dan terbukti itulah hakikat sebenar isi kandungan buku  ini.
-->


Menurut Ustazah Qurratul Aien, isi kandungan pertama buku ini menjelaskan bahawa wanita adalah perhiasan yang sangat berharga. Justeru itu,  perhiasan ini hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya agar ia tetap terpelihara. Rasulullah s.a.w pernah bersabda iaitu:
عن عبد الله بن عمرو أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المراة الصالحة
Maksudnya: Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.
                                                                              
Hadis Riwayat Muslim.


Berdasarkan hadis berikut, wanita merupakan perhiasan dan sebaik-baik wanita adalah wanita solehah. Menurut penjelasan penceramah berkaitan hadis tersebut, maksud wanita sebagai hiasan yang paling indah dan cantik di dunia ini ialah bila mana hiasan ini dijaga baik. Perhiasan ini juga hendaklah dijaga supaya ia lebih berharga. Setiap wanita hendaklah menjaga dirinya sebagai perhiasan yang paling berharga dalam hidupnya dan jangan sekali-kali menyamakan perhiasan ini dengan perhiasan-perhiasan lain. 


SIAPAKAH WANITA?
-Manusia
- memiliki fizikal yang cantik,
-mempunyai jiwa yang halus
-memiliki sistem yang begitu kompleks

Wanita adalah manusia dan hamba Allah yang mempunyai akal fikiran dan naluri yang merupakan ciptaan Allah yang paling istimewa dan membezakan manusia dengan makhluk ciptaan Allah yang lain contohnya haiwan yang hanya mempunyai naluri sahaja. Oleh itu, sebagai wanita kita hendaklah menunaikan tanggungjawab terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah. Kita hendaklah menggunakan akal sebaik mungkin dengan menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, mentaati Allah iaitu dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan segala laranganNya dan ikhlas beribadat kepada-Nya. Kita sebagai manusia juga tidak lari daripada sifat pelupa. Oleh itu, kita hendaklah selalu menghadiri majlis-majlis ilmu supaya kita akan selalu diingatkan tentang peraturan dan hukum-hakam dalam mengharungi ranjau kehidupan di dunia yang sangat mencabar terutamanya sebagai seorang wanita. 

  
Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam al-Quran :
 
-->

Maksudnya: dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


Melalui firman Allah ini, Allah menciptakan jin dan manusia adalah untuk mereka beribadat kepada-Nya, tetapi firman ini tidak bermaksud kita tidak boleh melakukan perkara lain dalam kehidupan kita. Hal ini kerana dalam kehidupan kita hendaklah menjaga kebersihan, dan ini adalah salah satu yang amat dititik beratkan dalam Islam iaitu sepertimana kita dapat perhatikan sebelum menunaikan solat kita diwajibkan bersuci iaitu dengan berwudhuk yang mana kita telah membersihkan diri dari hadas kecil sebanyak lima kali sehari. Ini menunjukkan Islam sangat menitik beratkan kebersihan dan kebersihan itu adalah separuh daripada iman. Justeru itu, kebersihan adalah satu aspek penting dalam beribadat. Bahkan kehidupan seharian kita semuanya adalah ibadat sekiranya kita lakukannya ikhlas kerana Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T :

Maksudnya: dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
Berdasarkan ayat diatas,  Allah menjadikan menusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini, dikurniakan akal fikiran yang merupakan anugerah yang tidak ternilai keistimewaannya dan di samping itu juga disertakan dalam diri manusia itu nafsu yang juga merupakan suatu nikmat yang besar jika ia dapat dikawal serta dijaga dengan baik. Nafsu yang paling besar ialah nafsu marah, oleh itu gunalah ia sebaik mungkin untuk menaikkan semangat juang kita dalam Islam dan jadikanlah nafsu kemarahan kita itu sebagai pembakar semangat untuk berjuang demi agama serta kita tidak boleh marah sesuka hati kerana diri kita. 


Wanita juga dikatakan perhiasan kerana ia memiliki bentuk fizikal yang cantik. Justeru itu, fizikal yang baik ini hendaklah dipelihara dengan baik dan kecantikan yang dimiliki ini hendaklah dirahsiakan supaya ia tetap terpelihara dan lebih berharga. Wanita hendaklah menyelimutkan kecantikannya dengan selimut keimanan kerana Allah iaitu dengan menjaga aurat dengan mematuhi etika pemakaian yang telah digariskan dalam Islam. Rasulullah s.a.w pernah menjelaskan tentang tiga nikmat yang paling besar iaitu mempunyai isteri solehah, rumah yang selesa dan kenderaan yang selesa. Manakala berkaitan dengan wanita mempunyai jiwa yang halus pula penceramah telah menjelaskan wanita hendaklah sensitif dengan alam, merendah diri pada Allah dan mendidik diri dan anak-anak dengan baik. Wanita hendaklah pandai dan bijak dalam mengawal emosi iaitu dengan mendahulukan agama dalam urusan kehidupannya dan mentaati suami. Kehalusan jiwa yang dimiliki wanita salah satunya dapat dilihat ialah mereka mudah untuk menangis dan ini adalah satu bukti yang menunjukkan wanita mempunyai hati yang lembut.



Selain itu, penceramah turut mengupas mengenai sistem kompleks yang dimiliki oleh wanita. Sistem kompleks yang dimaksudkan ialah setiap wanita secara fitrahnya dikurniakan tempoh haid dalam kehidupannya. Sistem kompleks ini memerlukan sifat lebih teliti dalam diri wanita, adakalanya menguji kesabaran dan dengannya juga terbina pelbagai hukum hakam dalam kehidupan sebagai seorang wanita. Wanita hendaklah mencari ilmu untuk memahami sistem yang kompleks yang dimiliki serta mensyukuri  apa yang dianugerahkan oleh Allah dengan memelihara dan menjaga kesihatan dirinya.   itu sebagi seorang wanita, kita hendaklah sentiasa bermujahadah untuk melawan nafsu. Berkaitan dengan wanita Rasulullah s.a.w telah bersabda iaitu:
إذا صلت المرأة خمسا وصامت شهرها وحصنتت فرحها أعاعت زوجها قيل لها: ادخلى الجنة من أي أبواب الجنة سلت
Maksudnya: Wanita yang solat lima waktu, berpuasa dalam bulan ramadhan, memelihara maruah dirinya dan mentaati suaminya, dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke Syurga dari mana-mana pintu yang engkau inginkan.


Ayuh, siswi-siswi yang dikasihi..
Kita teruskan langkah menuju keredhaan Allah. Kita bina kekuatan dalam pelbagai aspek. Hayati dan amalkan ilmu untuk menjadi muslimah solehah. InsyaAllah~





ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

No comments:

Post a Comment