Wednesday, July 4, 2012

Biro TataNegara (BTN)

Seperti yang diuar-uarkan para pelajar tahun satu sesi 2011/2012 Fakulti Pengajian Islam (FPI) telah diwajibkan menyertai Kursus Biro Tata Negara (BTN) selama tiga hari iaitu pada 30 JUN 2012 hingga 2 JULAI 2012 yang bertempat di Kem Bina Negara Lipis A dan Kem Bina Negara Lipis B, Kuala Lipis, Pahang.



Antara pengisian yang terdapat di dalam kursus tersebut ialah sesi ceramah dan LDK, aktiviti fizikal dan sesi penghayatan rohani.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) yakin dan pasti banyak pengalaman dan ilmu baru yang telah diperolehi para peserta daripada pengisian-pengisian yang ada pada kursus tersebut.


"Pengalaman kita akan menjadi sia-sia dan kenangan bersejarah sahaja kalau tidak dikongsikan dengan orang lain."


Justeru, PMFPI mengalu-alukan apa sahaja bentuk perkongsian pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang tempoh kursus tersebut khususnya daripada  pelajar tahun 1  yang telah turut serta dengan jayanya. PMFPI juga mengharapkan sebarang masalah yang dihadapi oleh peserta iaitu sebelum dan selepas kursus juga dapat dikongsikan bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang. 


Anda ada pengalaman dan cerita menarik? kongsikan bersama...

 
Islam Pemangkin Generasi Tarbawi

No comments:

Post a Comment