Saturday, July 21, 2012

Perutusan YDP PMFPI 2012/2013

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Sdr Rasyid Bin Ismail
            Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya, kita masih lagi bernafas sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang telah diutus untuk memberi rahmat buat sekelian alam.

            Sejarah membuktikan bahawa sekiranya kita mahu mencapai sebuah kejayaan, maka sesuatu kaum itu haruslah menilai kembali sejauh mana kedudukan mereka di sisi Allah SWT. Perkara ini telah dibuktikan melalui peristiwa pembukaan kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fateh, bersama-sama dengan tentera Islam suatu ketika dahulu. Sejarah yang masih segar ini telah banyak mengajar kita bahawa, untuk memacu sebuah golongan ke suatu tahap yang terbaik, maka ianya perlulah dilakukan secara bersepadu disamping mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pimpinan persatuan dan seluruh ahlinya.

            Maka, kami diperingkat pimpinan pelajar menyeru seluruh mahasiswa/i FPI, supaya dapat bersama-sama ke arah menghidupkan kembali bi’ah solehah menerusi wasilah program mahupun kempen yang bakal dianjurkan sama ada diperingkat persatuan atau kelab jabatan.

            Akhir kalam, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan takziah kepada barisan kepimpinan PMFPI, kelab-kelab jabatan dan anggota Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) bagi sesi 2012/2013 di atas perlantikan ini. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh mahasiswa/i FPI di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami untuk memikul amanah memimpin pesatuan pelajar di Fakulti Pengajian Islam. Wallahu’alam..


MUHAMMAD RASYID BIN ISMAIL
Yang Dipertua,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI

No comments:

Post a Comment