Thursday, June 13, 2013

Hari Jumaat 14/6/2013 ~ Hari untuk SYRIA...



PENGISYTIHARAN JUMAAT (14/6/2013) SEBAGAI HARI UNTUK SYRIA

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa sebelum ini Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi dalam kenyataan media menyeru seluruh umat Islam di dunia ini menjadikan hari Jumaat 14 Jun 2013 sebagai "Hari untuk Syria".

Kenyataan tersebut menyeru umat islam menyatakan sokongan kepada rakyat Syria khasnya di El-Qosair serta mengutuk pembabitan tentera Hizbu Syaitan dan militia dari Iran serta pasukan bersenjata Syiah yang lain dalam memberikan bantuan kepada rejim Syria.

Oleh itu, kami di peringkat Pmfpi Ukm menyokong penuh usaha Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dalam menjadikan hari jumaat, 14 Jun 2013 sebagai "HARI UNTUK SYIRIA". Semoga dengan usaha ini dapat memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam supaya mendoakan keamanan dan kedamaian untuk saudara seakidah kita di bumi Syria

AMMAR AZLAN
YDP PMFPI SESI 2013/2014


>> InSolidarity with SYRIA ... !
>> Jom baca doa qunut nazilah, usaha yang paling mudah untuk kita semua lakukan... 

>> Lazimilah mendoakan saudara seislam kita setiap kali selepas soalt fardu.. 
>> DOA lah senjata yang kita ada.. 

~Seandainya berkesempatan, ayuh sahabat-sahabat turun menyatakan kebencian terhadap kezaliman yang berlaku di Syria. Berhimpun dan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji kemudian berarak ke kedutaan Syria. InsyaAllah, semoga usaha-usaha ini dapat membuka mata si penzalim dan Allah menghantar tentera-NYA untuk membantu saudara kita di sana... :)







No comments:

Post a Comment