Thursday, June 6, 2013

ღ..Perutusan Peperiksaan dari YDP PMFPI.. ღ


بسم الله الرحمن الرحيم
AlhamdulillahiRobbil ‘Alamin...

Wassolatu wassalamu ala Rosulillah Muhammad wa ‘ala ali Saidina Muhammad.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Pertama sekali marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan inayahnya dapat lagi kita meneruskan perjuangn sebagai seorang khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini. Sesungguhnya Allah SWT menciptakan manusia itu hikmahnya supaya manusia itu melakukan ibadah kepadanya. Selawat dan salam juga kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Sempena peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi, saya mewakili Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI), ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir tahun bagi sesi 2012/2013. Setelah beberapa lama mengorbankan masa dan kudrat, hari yang dinantikan untuk menguji kemampuan kita bakal menjelma.Mungkin terdapat sedikit kegelisahan dalam hati kita, namun ia telah menjadi lumrah dalam kehidupan kita semua.

Jadikan peperiksaan kali ini sebagai kayu ukur untuk menilai kemampuan kita di dalam pelajaran. Jangan jadikan peperiksaan ini sebagai matlamat dalam kita menuntuti lmu. Kerana peranan seorang penuntut ilmu itu sangat besar kepada masyrakat bukan sekadar cemerlang dalam peperiksaan sahaja.

Akhir kalam, sekali lagi, saya selaku YDP PMFPI mewakili PMFPI mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

فَبِما رَحمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُم ۖ وَلَو كُنتَ فَظًّا غَليظَ القَلبِ لَانفَضّوا مِن حَولِكَ ۖ فَاعفُ عَنهُم وَاستَغفِر لَهُم وَشاوِرهُم فِى الأَمرِ ۖ فَإِذا عَزَمتَ فَتَوَكَّل عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلينَ ﴿١٥٩﴾(159) Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

❃ "Kemudian apabila kamu telah mmbulatkan tekad, maka bertawakallah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepadaNya." (Surah Ali- 'Imran: 159)

 Kejayaan bukan satu destinasi, tapi ia adalah satu perjalanan. Semakin jauh anda berjalan, semakin bagus anda akan jadi, ianya tiada berpenghujung. 
 

  An Everest of LUCK for everyone..! ✿◕ ‿ ◕✿

❃  Teruskan berusaha, kerana Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi Allah melihat kepada usaha kita.

❃ Mulakan menegulangkaji dengan Doa dan selitkan selawat kepada Rasulullah S.A.W..

❃ Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. Belajar kerana Allah!^^

❃ Selamat mengulangkaji pelajaran dan selamat berjaya dalam peperiksaan akhir tahun bagi sesi pengajian 2012/2013. Bitaufiq wannajah!


Perutusan Peperiksaan ;

Saudara Ammar bin Azlan
Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 2013/2014  (PMFPI 13/14)

27 REJAB 1434 6 JUN 2013


"ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI''

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 2013/2014 
(PMFPI 13/14)

No comments:

Post a Comment