Monday, June 3, 2013

Relah Pimpinan PMFPI bersama Kelab Jabatan FPI 2013/2014 :)

 Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...
Pada 18/05/2013 hari Sabtu. 

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI 13/14) telah mengadakan Rehlah PMFPI bersama dengan Kelab Kabatan FPI di dataran BSS, FPI, antaranya;
1) Kelab Jabatan Kepimpinan Mahasiswa (JAKMA)
2) Kelab Usuluddin dan Falsafah (KUFAH)
3) Kelab Jabatan al-Quran dan al-Sunnah (JANNAH)
4) Kelab Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH)
5) Kelab Syariah (HUJJAH)

Objektif rehlah adalah untuk mengeratkan hubungan antara pimpinan PMFPI dengan pimpinan semua Kelab Jabatan FPI dan mengikat hubungan antara pimpinan. Program ini julung-julung kali diadakan oleh PMFPI hasil daripada perbincangan semasa AGM PMFPI 13/14.

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif program yang mana kehadiran pimpinan Kelab Jabatan yang memberansangkan.


Di sini, kami lampirkan tentatif program Rehlah PMFPI  yang berlangsung dengan jayanya. الحمدلله ^_^
[REHLAH PMFPI]


TENTATIF :-
7.30: Solat Maghrib berjema'ah
8.00: Taujihad dari Prof Amir 
8.30: Solat Isya' berjema'ah
9.00: Sesi taaruf
10.00: Makan


Program bermula dengan solat maghrib berjemaah dan tazkirah maghrib beserta taujihat oleh Prof Amir yang merupakan penasihat PMFPI.. Antara pesanan  Prof. Amir ialah :

  • Pelajar diingatkan supaya mengikhlaskan diri dalam melakukan semua perkara..
  • Jawatan merupakan amanah yang berat untuk dipikul, oleh itu, pelajar perlu menggunakan peluang ini dengan terbaik.
  • Sentiasa bertawakkal kepada Allah setelah berusaha.. Allah melihat kepada usaha, bukan kepada hasil. Dengan tawakkal, insyaAllah.. Allah akan berikan ketenangan dan kemudahan dalam gerak kerja.
  • Selain itu, pelajar diingatkan supaya tidak meninggalkan doa kerana doa merupakan senjata muslim. Doa dapat release tension.. :)

#Gambar untuk kenangan... :)

\







No comments:

Post a Comment