:: Dakwah di Bumi Kenyalang ::

Program khidmat masyarakat (OPKIM) di bumi Kenyalang akan berlangsung pada 17 April 2014 nanti.
Program ini dibawah kelolaan Lajnah Hubungan Luar, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam.
Mahasiswa/i berilmu merupakan tonggak kepada
kecemerlangan negara. Golongan inilah yang memainkan peranan penting di dalam
membantu mencorakkan kemajuan dan pembangunan negara lebih-lebih lagi negara
kini sedang pesat membangun di era globalisasi. Oleh yang demikian, konsep
penggunaan modal insan yang berguna adalah sebagai pemangkin serta pelapis bagi
meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah negara. Kesan daripada
pembangunan modal insan ini, membuktikan bahawa pengalaman dan pengajaran
mahasiswa/i perlu bermula dari peringkat awal lagi.
Melalui program-program yang bercorak seperti motivasi, program khidmat masyarakat dan program interaksi ke institut-institut pengajian tinggi tempatan adalah sedikit sebanyakmembantu dan memperkasakan lagi status universiti khasnya dan bagi negara Malaysia umumnya
di mata masyarakat dunia. Di kala matlamat negara bagi melahirkan modal insan yang
amat berguna pada masa sekarang dan pada masa yang akan datang, adalah
bertetapan dengan kegiatan berpersatuan seperti ini dilakukan oleh mahasiswa
universiti.
Hal demikian adalah begitu penting bagi melahirkan
mahasiswa yang benar-benar mantap serta cemerlang terutamanya dari sudut
akademik dan sahsiah seterusnya mampu untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam bidang yang diceburi. Apa yang diharapkan adalah semoga kegiatan
antarabangsa seperti ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan wajar
dijadikan pendorong bagi menjayakan hasrat universiti dalam menjadikan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi
Awam yang terkemuka dan lebih bersifat global.
Lantaran daripada itu, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian
Islam (PMFPI) berhasrat untuk mengadakan program Ekspedisi Dakwah Di Bumi
Kenyalang dengan bertemakan “Mahasiswa Berjasa Masyarakat Merasa”.
Diharapkan semoga program yang dirancang ini akan menjadi salah satu medan latihan kepada mahasiswa-mahasiswi
Fakulti Pengajian Islam di dalam menghadapi cabaran global pada masa akan
datang.
OBJEKTIF PROGRAM
- Membentuk mahasiswa/i yang berkemahiran mengurus maklumat dan mampu menganalisa serta merancang strategi dan berupaya menilai dari pelbagai pilihan serta boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat di samping mengaplikasikan metod dakwah sekaligus mempersadakan Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat antarabangsa.
- Membentuk mahasiswa/i yang berfikiran dan berkemahiran membina, menilai, sikap dan etika profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i yang memiliki pemikiran modal insan kelas pertama di samping membentuk pembangunan insaniah.
- Melatih mahasiswa/i agar mampu berfikir secara kritikal melalui penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik supaya dapat menguruskannya dengan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat serta berupaya dalam menyampaikan idea secara lisan dan bertulis di samping meningkatkan kebolehan berinteraksi secara cekap dan berkesan.
"MAHASISWA BERJASA MASYARAKAT MERASA”
~Islam Pemangkin Generasi Tarbawi~
PMFPI sesi 2013/2014
No comments:
Post a Comment