Thursday, April 10, 2014

Karnival Mahabbah UKM 2014

Assalamualakum wrh wbt

Karnival Mahabbah yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam PMFPI dengan kerjasama ISIUKM, PERKIM, Lima Jabatan Fakulti Pengajian Islam iaitu Jabatan HUJJAH, KUFAH, NAHDAH, JAKMA, dan JANNAH serta Pusat Islam. Program ini julung kali diadakan di FPI dengan tujuan menyebarkan dakwah melalui program-program yang diadakan serta memupuk kerjasama antara persatuan dan kelab pelajar-pelajar di FPI. Program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat kepimpinan, pengurusan persatuan dalam kalangan pelajar FPI.Alhamdulillah. Berlangsungnya program Karnival Mahabbah UKM 2014 dengan jayanya. Berkat pertolongan Allah dan kerjasama dari semua pihak, program kami dapat dilaksanakan dengan baik. Segala kesilapan dan teguran akan kami perbaiki dalam program yang akan datang. Sesungguhnya, banyak pengajaran yang kami pelajari dalam melaksanakan program ini.Berikut adalah gambaran berlangsungnya program ini bermula dari 23 Mac hingga 27 Mac 2014:


23 Mac 2014 l Ahad l  PUSANIKA l Catur Bestari

 Program jihad bisnes catur bistari telah berlangsung dengan jayanya pada 9.00 pagi hingga 1.30 tgh hari tadi. Antara kebaikan program ini adalah dapat mendidik para peserta bagaimana cara untuk berbisnes mengikut syariat tanpa perlu adanya sistem riba dan sebagainya. Tambahan, para peserta dapat merasai betapa sukarnya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.




23 Mac 2014 l PADANG UKM l Lets Achery

 program Let's Achery telah berlangsung dengan jayanya pada 9.00 pagi hingga 12.00 tgh hari tadi.Terdapat pelbagai teknik yang diajarkan antaranya teknik memegang busur, kedudukan posisi badan dan teknik memanah sendiri. Antara kebaikan program ini adalah dapat melatih diri menjadi lebih fokus serta dapat mengamalkan sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.




23 Mac 2014 l Ahad l Dataran Masjid l 8 Malam l Bicara Santai Mahasiswa


 Program Bicara Santai mahasiswa telah berlangsung dengan jayanya pada 9.30pm hingga 11.30pm. Program ini secara tidak langsung dapat membawa mahasiswa/I untuk sama-sama berdiskusi dalam mengangkat mahasiswa untuk lebih terkehadapan terutama berkaitan isu-isu semasa. Ini merupakan salah satu peluang untuk menggalakkan mahasiswa lebih berani melontarkan idea dan pandangan




24 Mac 2014 l Isnin l Bilik Seminar 1 Masjid UKM

Bengkel Kerjaya 1 - Cabaran-cabaran kerjaya Mahasiswa Pengajian Islam Oleh Encik Masri Razali, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber JAKIM





24 Mac 2014 l Isnin l Dataran Masjid UKM
Nur Qolbi Mega : Tajuk : Sukarnya Mendidik jiwa

Bersama Penceramah jemputan  : Dr. Zulkifli al-Bakri, dan Ustaz Fawwaz dan Moderator Us Khairil Kuzairi.


Program Nur Qalbi Mega telah berlangsung dengan jayanya pada jam 9.30 pm hingga jam 11.02 pm. Program ini secara tidak langsungnya telah memberi banyak manfaat kepada para hadirin yang hadir dengan pengisiannya yang bersifat spiritual atau lebih kepada penyucian jiwa dan dikaitkan dengan keadaan atau situasi masa kin dan ianya selaras dengan tema utama bagi program ini iaitu “Sukarnya Mendidik Jiwa”. Segala input yang diterima oleh para hadirin yang hadir dapat digunakan dalam amalan seharian malah dapat dijadikan sebagai satu landasan ke arah mendidik jiwa dan menjaga kesucian jiwa terutamanya apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang.


25 Mac 2014 l Selasa 
Bengkel Kerjaya 2 l Simulasi Temuduga l Bilik Seminar 1 Masjid UKM





Apresiasi Bakat l Panggung Seni l 8.30 Malam


 Program APRESIASI BAKAT NASYID telah berlangsung dengan jayanya pada jam 8.30 pm hingga jam 10.30 pm. Program ini secara kasarnya sangat membantu mencungkil dan mengketengahkan mahasiswa yang berbakat untuk lebih menonjol dan berani ke hadapan.Ini kerana, mahasiswa secara tidak langsung berpengalaman berada di arena pentas walaupun seketika. Program ini tidak kurang juga sangat membantu sikap kerjasama dan mengeratkan lagi silaturrahim diantara peserta-peserta itu sendiri yang mana kebanyakan mereka berlainan jabatan dan fakulti. semoga program mengasah bakat mahasiswa seperti ini boleh diteruskan lagi untuk akan datang.. 



Al-Quran Sebagai Syifa' : Benteng atau Penyembuhan di Masjid UKM.
Disampaikan oleh Ustaz Haji Abdul Malek Ladzim.



26 Mac 2014 l Rabu  l Interfaith Dialog l Dectar l 8.00 Malam

Bersama Penceramah Jemputan : 

Program Interfaith Dialog 
" Hari Dialog antara Agama"
"Kepercayaan Agama mengikut Kitab Suci"
Ust Yusri (Pensyarah Jbtn Usuluddin UKM)
Bro Lim Joi Soon (Penasihat PERKIM Ampang)
Dr Living Lim (Naib Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Malaysia 


 Program Interfaith dialogue telah berlangsung dengan jayanya pada jam 8.30 pm hingga jam 10.57 pm. Program ini secara keseluruhannya telah memberi banyak manfaat dan pencerahan kepada mahasiswa/I yang hadir kerana Interfaith Dilaogue ini terdiri daripada panel-panel yang hebat dan mantap dalam menyampaikan perbahasan dan pandangan mereka berdasarkan kepada soalan-soalan yang diajukan oleh moderator iaitu Ustaz Yusri Mohd Ramli. Panel- panel yang hadir dalam program ini adalah seperti Bro Lim Joi Soon dari Penasihat Perkim cawangan Ampang yang mewakili panel Islam dan Dr. Living Lee dari Vice Chairman of National Evangelical Christain Fellowship (NECF) Malaysia yang mewakili panel Kristian. Melalui perbahasan ini, mahasiswa/I dapat membuat perbandingan antara kedua-dua agama ini seperti dari sudut persamaan dan perbezaan antara kedua-dua buah agama. Perbahasan yang diadakan ini juga telah memberi cetusan dalam diri mahasiswa/I untuk mengkaji sejauh mana kebenaran ajaran sesebuah agama yang dianuti dengan merujuk kepada kitab yang menjadi pegangan utama dalam sesebuah agama serta merujuk kepada ajaran-ajaran dan pengamalan yang terdapat dalam sesuatu agama itu.






27 Mac 2014 l Khamis l
Diskusi Ketamadunan Islam l Peranan Ulama dalam Mengislamkan Masyarakat Melayu l Dataran Masjid UKM l 9.00 Pagi

Bersama Penceramah Jemputan :
1. Dr Azmul Fahmi Kamarulzaman, Pensyarah Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
2. Ustaz Farid Mat Zain, Pensyarah Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
3. Dr. Muhammad Faisal Asha'ari, Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepimpinan


Seterusnya, Malam yang ditunggu kemeriahannya tiba!
Majlis Penutup Karnival Mahabbah UKM 2014 l Dataran Masjid UKM l 8.30 Malam
Pelbagai acara menarik pada malam tersebut bersama kedatangan tetamu jemputan.


Sebuah program Dikir Zikir dan juga Majlis Penutup Karnival Mahabbah 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 9.00 malam. Program ini secara keseluruhannya sangat menarik dan meriah dengan kehadiran tetamu kehormat dan juga mahasiswa UKM. program ini berlangsung dengan gimik penutup Karnival Mahabbah 2014 serta dimeriahkan lagi dengan alunan nasyid dan juga Qasidah yang di dendangkan oleh mahasiswa UKM. sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w sentiasalah berselawat ke atas junjungan besar Nabi s.a.w. Mudah mudahan dengan selawat dan zikir hati kita akan menjadi tenang dan mendapat syafaat daripada Baginda s.a.w di akhirat kelak.


Ucapan alu-aluan oleh Ketua Pengarah Program, Saudara Amrun Ruzali



Ucapan oleh Wakil Pusat Islam, Ustaz Khairil Kuzairi



Ucapan perasmian oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa)

Alhamdulillah, Majlis Penutupan Karnival Mahabbah 2014 yang dirasmikan oleh Prof Ir Dr Riza Atiq Abdullah OK Rahmat telah berjalan dengan lancar. Berikut adalah maklumat lanjut berkaitan dengan ucapan  beliau di malam majlis penutupan Karnival Mahabbah 2014. [http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1738]



 Bersama tetamu kehormat :

Prof Ir Dr Riza Atiq Abdullah OK Rahmat
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa)

Encik Saidi bin Ismail
Ketua Penolong Pendaftar Fakulti Pengajian Islam 


Persembahan Nasyid dari kumpulan Legasi


Persembahan Qasidah  dari Kumpulan "Siraj Al-Mubin"




Hadirin-hadirin dan AJK pelaksana yang memeriahkan majlis :






Suasana Dataran Karnival dan gerai jualan :


Anda boleh mengikuti laporan program di Page  FB rasmi Karnival Mahabbah untuk mengetahui secara lanjut :  https://www.facebook.com/karnivalmahabbah

Alhamdulillah. PMFPI dan seluruh Penggerak Karnival Mahabbah UKM 2014 mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak secara langsung atau tidak langsung. Kami juga memohon berjuta kemaafan sekiranya melakukan kesilapan sengaja atau tidak, segalanya akan kami perbaiki di masa akan datang. Siiru 'ala barokatillah. Semoga Allah memberkati usaha ini.

:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::

No comments:

Post a Comment