Wednesday, May 5, 2010

Selamat Bercuti Mahasiswa

Salam ukhuwah dan salam mahasiswa..

Pihak kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam(PMFPI) ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga PMFPI walau dimana jua anda berada.
Harapan kami semoga anda semua dapat memanfaatkan cuti dengan sebaik mungkin.
Bagi mahasiswa tahun 1, manfaatkan cuti dengan sebaik mungkin. Lakukan aktiviti yang berfaedah supaya cuti anda berkualiti dan bermanfaat.

Bagi ahli PMFPI UKM thn 2 yang akan menjalani LATIHAN AMALI INDUSTRI, kami doakan mOga anda semua dapat jalaninya dengan sebaik mungkin..gunakan peluang yang ada untuk mendapat pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar-benarnya..

Bagi ahli yang telah tamat pengajian dan bakal menjalani k0nvokesyen, kami doakan semoga anda semua terus berjaya walau di mana jua anda berada. Doakan kami yang masih di perbukitan ilmu UKM ini. Semoga kejayaan akan mengiringi dan menjadi milik kita semua.

Akhir kalam, mohon maaf daripada kami barisan kepimpinan PMFPI kepada semua ahli PMFPI.

Ikhlas drpd : Saff kepimpinan PMFPI 09/10

No comments:

Post a Comment