Sunday, October 2, 2011

Citra Siswi : Islam Dipangku, Siswi Cemerlang

-->
Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, segala puji dan pujian ditujukan kepada Allah s.w.t. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat r.anhum. 
Alhamdulillah, pada 30 September yang lalu, majlis perasmian Citra Siswi 2011/2012 telah selesai dijalankan.  Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Fariza Md.Sham, penyelaras CESMED Fakulti,  Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Islam Dipangku, Siswi Cemerlang. Kerana dirimu begitu berharga, maka jadikanlah Islam sebagai satu cara hidup meliputi seluruh aspek.  Sedikit perkongsian dari Prof. Madya Dr. Fariza Md.Sham, mahasiswi mestilah mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup serta berpegang teguh dengan prinsip dan nilai-nilai Islam dalam mendepani cabaran dan peredaran masa yang kian mencabar dewasa ini. Mahasiswi yang ingin dilahirkan bukan hanya cemerlang, bahkan terbilang dari sudut keilmuan, penghayatan, amalan bahkan mempunyai sahsiah serta akhlak terpuji.  Mahasiswi perlu menjaga maruah dan kehormatan diri selaras dengan tuntutan agama.

Pembinaan mahasiswi yang ingin digarapkan, bukanlah satu perkara yang mudah. Pembinaan ini menuntut proses dan usaha yang berterusan. Wajarlah mahasiswi merebut peluang berada di institusi pengajian tinggi ini untuk melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dan berpersatuan. Pembelajaran sentiasa berterusan, tidak terhenti di dewan kuliah semata –mata kerana pembelajaran itu sewajarnya bersifat sepanjang kehidupan (life long learning).Selaku golongan wanita , mahasiswi mempunyai peranan yang cukup besar pada masa akan datang  iaitu sebagai  seorang  ibu, isteri serta sebahagian daripada anggota masyarakat. Demi menggalas peranan-peranan ini, mahasiswi perlu melakukan persediaan dari sekarang agar mampu memanfaatkan diri kepada pembangunan keluarga, masyarakat, negara bahkan menyumbang dalam kegiatan dakwah Islam.  Akhir kalam ,di mana sahaja bumi dipijak di situlah Islam dijunjung.

INFO:

Citra Siswi kini kembali dengan kupasan dan perkongsian menarik buat seluruh mahasiswi UKM. Antaranya :
~ Fiqh Wanita
~Perkongsian menarik ttg Bagaimana kehidupan menghadapi alam perkahwinan
~ Wanita dalam kehidupan seharian
~Wanita dan Sukan

                                                     ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

No comments:

Post a Comment