Monday, October 7, 2013

KURSUS KEPIMPINAN ISLAM & PENGURUSAN ORGANISASI (KAMUS)


Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) dan Kelab-kelab Jabatan merupakan salah satu medium menjadikan diri lebih terkehadapan dan mengungguli semangat kesatuan yang datang daripada pelbagai entiti serta bersikap profesional dan matang terhadap sebarang permasalahan. Oleh itu, pihak PMFPI mengambil satu inisiatif untuk melaksanakan satu kursus yang mampu menjadikan PMFPI dan Kelab-kelab Jabatan sebagai sebuah persatuan yang profesional dan berintegriti terhadap pentadbiran fakulti dan juga universiti.

Kursus Kepimpinan Islam & Pengurusan Organisasi  (KAMUS) 
yang  dilaksanakan  pada 4 hingga 6 Oktober 2013, bertempat di Bilik Seminar Siswazah 1 Fakulti Pengajian Islam ini adalah bertujuan bagi membantu setiap EXCO Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) dan KELAB - KELAB JABATAN di Fakulti Pengajian Islam, UKM untuk bersedia dan lengkap dengan kemahiran pengurusan yang bersesuaian dengan citarasa UKM. Kami percaya bahawa kesatuan yang teratur dan berstrategi adalah pemangkin kemajuan insaniah terutamanya nilai tambah sebagai seorang MAHASISWA/I ISLAM.

Objektif utama Kursus Kepimpinan Islam & Pengurusan Organisasi  (KAMUS) ialah :-
  • Penerapan nilai – nilai profesional terhadap kesatuan
  • Memahami kaedah pengurusan program secara berkualiti
  • Menguruskan kewangan persatuan dan program secara berhemat dan tulus
  • Mengenali dan mengetahui secara jelas fungsi persatuan terhadap pihak pentadbiran Universiti dan Fakulti
  • Mengeratkan Ukhwah di kalangan EXCO PMFPI & KELAB-KELAB JABATAN


Antara pengisian sepanjang Kursus Kepimpinan Islam & Pengurusan Organisasi ini berlangsung ialah :-

Modul 1 
ASAS PENGURUSAN ORGANISASI DAN   KEGIATAN PELAJAR
Oleh: Cik Najwa Ahmad Zawawi (Ketua Penolong  Pendaftar JPPel)



Modul 2
BENDAHARI UKM DAN KEWANGAN PELAJAR
Oleh:  Pegawai Jabatan Bendahari UKM


Modul 3
PENGURUSAN  MEJA SETIAUSAHA YANG BERKESAN
Oleh:  Pegawai Dekan Fakulti Pengajian Islam



Modul 4
PENGURUSAN SISTEM PENGURUSAN INSANIAH
Oleh: Dr. Adi Irfan Bin Che Ani  (Timbalan Pengarah SPI UKM)



Modul 5
PENGURUSAN KEPIMPINAN ISLAM
Oleh: Dr. Anuar Puteh, Pensyarah Jabatan Dakwah & Kepimpinan


Modul 6
UKM DAN KEBAJIKAN PELAJAR
 Oleh:  En. Roslan Suliman (Unit Kebajikan Pelajar)


Kewujudan program yang seumpama ini merupakan langkah awal kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI), Universiti Kebangsaan Malaysia dalam usaha strategi penting bagi melahirkan mahasiswa yang berwibawa, beriman, berdedikasi, berdaya saing, kreatif serta memiliki daya tahan yang tinggi dalam menghadapi cabaran dalam dunia yang semakin progresif dan mempunyai diversiti yang luas tanpa meninggalkan prinsip-prinsip yang asas. Semoga program ini dapat memberikan manfaat buat semua. InsyaAllah.


Gambar-gambar sepanjang Kursus Kepimpinan Islam & Pengurusan Organisasi  (KAMUS) berlangsung :-

https://www.facebook.com/pmfpi.ukm/media_set?set=a.520239651396240.1073741846.100002306292993&type=1


“PROFESIONAL ASAS KESATUAN ISLAM”
:: ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI ::

No comments:

Post a Comment