Saturday, October 5, 2013

CITRA SISWI : Membina Cinta Jannah

::Citra Siswi Kembali::




Alhamdulillah,hari Rabu malam kehadiran Darul Mahabbah dan diteruskan lagi dengan Nur Qalbi pada malam semalam dan Alhamdulillah hari ini Allah permudahkan lagi suatu majlis ilmu iaitu citra Siswi yang berlangsung di DK2 FPI.

Citra siswi kali ini,dihidangkan ilmu dari dua orang panel yang cukup mantap dan bertenaga iaitu Ustazah Nor Fadilah dan Ustazah Aqidah.Kedua-dua panel cukup santai dan banyak isi yang dikupas secara santai di tambah pula kepetahan moderator iaitu ustazah Siti Nor Bahijah menambah keceriaan Citra Siswi kali ini.

InsyaAllah,nantikan citra siswi yang akan datang semoga kita sama-sama tidak terlepas dari suatu "taman Syurga" yang di dalamnya penuh keberkatan tambahan di doakan pula oleh makhluk 7 petala langit dan bumi agar dosa-dosa orang yang menghadiri majlis sebegini diampunkan.

Nantikan Citra Siswi yang akan datang pula ya. 
::Islam Pemangkin Generasi Tarbawi::

PMFPI sesi 2013/2014

No comments:

Post a Comment