Thursday, October 31, 2013

Majlis Ilmu bertebaran di UKM.. ('',)


Assalamualaikum wrh wbt..

Alhamdulillah , tsumma alhamdulillah. Dengan rahmat dan 'inayah Ilahi dapat lagi kita bernafas menghirup udara , meng'abdikan diri kepada-Nya dengan penuh rasa taat dan syukur. Tanpa pertolongan Allah, mana mungkin kita dapat melakukan kerja-kerja dengan baik, menunaikan amanah yang kita rasa tak tertanggung.
Allah merancang terbaik untuk hamba-Nya, usaha sehabis baik, redha, sabar dan syukur dengan natijahnya.

Sepanjang minggu ini, PMFPI telah melaksanakan pelabagai program untuk pelajar Fakulti Pengajian Islam dan semua warga UKM.


Bermula Hari Sabtu 26 Oktober 2013, Pusat Islam UKM dengan kerjasama PMFPI telah melaksanakan Daurah Kitab Matan Arbain dengan Penceramah yang hebat dari dalam UKM dan luar UKM. Alhamdulillah, penyertaan warga UKM yang ramai berminat untuk mengetahui dan mempelajari Hadis 40 secara lanjut. Semoga Allah redha, sebarkan ilmu yang diperoleh. :)


Berikutnya, hari isnin 28 / 10 / 2013  hingga 30 / 10/ 2013 PMFPI bersama Kelab Jabatan telah melangsungkan Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) sejajar dengan anjuran JPPEL UKM Alhamdulillah,. M3P PMFPI berjalan dengan lancar, di jalankan di Singgahan Ilmu, bermula dari Jam 9 Pagi hinggan 4 Petang.

M3P berlangsung dengan PMFPI menyediakan borang Penyertaan Persatuan PMFPI, Kami turut membuka penyertaan TEAM MEDIA FPI bagi membantu melangsungkan Dakwah melalui Media di UKM. Bagi menambah menarik M3P PMFPI, Kami menawarkan pertandingan teka silang kata, penempahan Blazer Muslimin dan Muslimat FPI, Tshirt PMFPI, jualan buku Bacaan Ilmiah dan banyak lagi jualan lain. M3P bertujuan untuk membuka keahlian penyertaan ahli PMFPI, mengenal pasti kecenderungan pelajar Tahun 1 FPI dalam lajnah yang diminati supaya mudah untuk mereka diserap ke bawah lajnah berikut disamping untuk memperkasakan kepimpinan mereka. Selain itu M3P bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara pimpinan PMFPI bersama pelajar FPI serta untuk memastikan pelajar FP tahu tentang fungsi Kepimpinan PMFPI kepada pelajar FPI. "Kebajikan Anda, Tanggungjawab Kami" InsyaAllah :)

Alhamdulillah, PMFPI menerima penyertaan ahli Tahun 1 FPI yang ramai. Terima Kasih kerana mendaftar. Anda lah keluarga besar PMFPI. ^^


Seterusnya, pada 28 / 10/ 2013 juga, PMFPI dengan kerjasama Pusat Islam UKM melangsungkan Daurah Kitab Mutiara Tasawuf yang disampaikan oleh Ustaz Rashidy Jamil merupakan Ustaz yang hebat dalam bab Tasawuf.


   

Pada 29/10/2013 hari selasa pula, PMFPI menganjur Daurah Kitab oleh al-Habib Syed Naqjamuddin Othman al-Khered..


Pada keesokan harinya , hari rabu 30 / 10 / 2013 pula, Ada Halaqoh Ta'lim Darul Mahabbah merupakan program berkala PMFPI  dengan kerjasama Pusat Islam UKM kepada pencinta Ilmu di UKM. HTDM ini berpakej lengkap kerana dalamnya terdapaat daurah dan diakhiri dengan Qasidah oleh Asatizah yang hebat-hebat.  Kepada yang terlepas minggu ini. InsyaAllah minggu depan HTDM berjalan seperti biasa. :)


Dalam  masa yang sama juga, PMFPI sedang giat melaksanakan Qasidah di Surau-surau Kolej. Pada minggu ini PMFPI turun ke Kolej Keris Mas. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah berselawat dan berqasidah, Bacaan Maulid Ringkas, Tausiyah dan Taujihat oleh Ustaz Roslan Abdul Rahman.
Pada malam ini juga, PMFPI dengan kerjasama Team Qasidah mencari ahli-ahli Team Qasidah baru yang berminat untuk memberi komitmen dalam menyebarkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

InsyaAllah, 31/10/13 hari Khamis, PMFPI sekali lagi akan mengadakan Nur Qobi di Masjid UKM dengan membawa tajuk : Ku Jaga Auratku, Kau jaga Pandanganmu dan akan disampaikan oleh Pensyarah  Fakulti Pengajian Islam yang sangat hebat dan terkenal dengan ceramahnya. Semoga seluruh warga UKM mendapat manfaatnya..

PMFPI bergiat menjalankan program-program ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mencapai redha Allah, menyebarkan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah SAW, menyebarkan dakwah dan syi'ar Islam di bumi UKM khususnya. Semoga seluruh warga UKM membuat pilihan yang terbaik, isilah masa muda dengan mengutip seberapa banyak mutiara ilmu.. 


{وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ المُؤْمِنِينَ}


Semoga peringatan yang disebarkan ini memberi manfaat kepada sahabat sekalian.. Ambillah peluang menuntut ilmu walau di mana kita berada.

# Kerja Kerana Allah. :)



.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014

No comments:

Post a Comment