Thursday, October 31, 2013

Kerjasama, keterikatan, Kebersamaan, kebertanggungjawapan dalam gerak kerja membawa MANTOP!


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wrh wbt..

Semoga semua dalam keadaan sihat, baik dan ceria selalu. Semoga Iman dan Islam dalam sentiasa meningkat sekali gus ketaatan kepada Allah sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa.

Dalam fatrah minggu ke 8 bagi pengajian Mahasiswa/i UKM, pasti semuanya sibuk dengan tugasan-tugasan yang perlu di selesaikan awal, pembentangan yang menanti banyak. Semoga sahabat dapat melakukan persediaan dengan baik dan rapi. Supaya apa yang berlaku selepas ini kita tawakkal dan redha dengan Allah.

Sahabat2, adik-adik, dalam kehidupan ini, sebelum melakukan sesuatu tidak kiralah tugasan subjek, gerak kerja persatuan. Lakukanlah dengan niat ikhlas kerana Allah, niat yang ikhlas sangat penting bagi memastikan kita lakukan kerja tersebut hanya kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Secara tidak langsung, kita akan melakukan kerja dengan hati yang senang dan bahagia kerana kita sedang berurusan untuk mencapai redha Allah semata.

Sahabat yang dirahmati Allah, sesudah itu, lakukan kerja tersebut dengan teliti, meletakkan target yang terbaik dan laksanakan dengan usaha yang sehabis baik. Di sini perlulah kita sumbangkan sedikit pengorbanan masa, tenaga malah harta benda untuk memastikan natijah kerja tersebut berakhir dengan husnul khatimah. Allah melihat usaha kita sahabat, Allah bukan melihat kepada natijahnya. Oleh itu, usahalah sehabis baik, walau cabaran, dugaan dan liku2 yang banyak perlu ditempuhi..

Dalam kita melakukan tugasan dan kerja, sudah pasti akan ditimpa ujian.. Orang beriman, pasti ditimpa ujian, jadi.. umat Islam perlulah cemerlang dan smart dalam menghadapi ujian tersebut. DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.

Hadis di atas menjelaskan bahawa Allah SWT memerintahkan malaikatNya yang tidak pernah menderhaka dan tetap melaksanakan apa yang Allah SWT perintahkan kepada mereka untuk melakukan pelbagai ujian dan dugaan terhadap hamba-hambaNya. Dengan dugaan dan ujian ini, diharapkan akan terkeluarlah suara hamba itu. Namun begitu, sekiranya tidak terkeluar suara hamba itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sesuatu yang tersembunyi dalam hati hambaNya. Sesungguhnya kehidupan ini tidak sunyi daripada kesenangan dan kesusahan, kesukaan dan kedukaan yang silih berganti. Oleh itu, barang sesiapa yang beranggapan kehidupan ini adalah kesenangan, kemewahan semata-mata atau penuh dengan kesukaran dan kesusahan selama-lamanya, itu adalah salah.

Dalam hal ini, Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Oleh itu sahabat, sekiranya anda merasa anda telah diuji dengan pelbagai masalah, ujian bertimpa-timpa.. maka lihatlah kepada Firman Allah ini.. Allah menguji kita untuk melihat sejauhmana kesabaran, istiqamah kita. Maka sahabat, lihat pula pada ayat Allah yang seterusnya..

"Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (QS al-Anbiya:35). .

Allah kan ada, apa nak gusar :) apa nak resah :) apa nak risau :) berdoalah sahabat, setiap kali memulakan, sedang melakukan, dan mengakhiri tugasan dan kerja, berdoa dan pinta hanya kepada Allah supaya dipermudahkan setiap langkah mu wahai sahabat ku. Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya. yakinlah sahabat. Mari lihat janji Allah dalam ayat cintanya. (al-Quran panduan kita)
A
Allah swt berfirman, “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kukabulkan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah- Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” (al-Mukmin (40): 60)

Sahabat yang disayangi Allah sekalian, dalam kita melakukan tugasan dan kerja sepasukan, pentingnya berlapang dada, memberi kerjasama, taat dengan arahan ketua. Berlapang dada penting supaya kerja berjalan dengan lancar, semua ahli kumpulan melakukan tugasan seperti yang diarahkan. Ini bagi memastikan tidak timbul masalah hati dalam setiap ahli. Ingatlah sahabat, "Kamu mempermudahkan urusan saudara mu, Allah akan mempermudahkan urusan mu" Mungkin kita belum nampak bantuan Allah kepada kita, akan tetapi.. Dalam berpasukan, permudahkanlah urusan setiap sahabat kita. :)

Akhir sekali, dalam hidup ini.. kita tidak dapat lari dari dua perkara ini.. menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia (Hablun minallah, Hablun minannas) Oleh itu, untuk jadi bahagia dunia dan akhirat,  اْحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْك
Untuk mu Sahabat, hayatilah bait-bait nasyid ini, STAND TOGETHER ! We Will be STRONG !

http://www.youtube.com/watch?v=b7l1uh_MSck

Mohon dari Allah, Husnul Khatimah di Dunia dan Akhirat. InsyaAllah.. :)
Semoga dipermudahkan urusan.

Celoteh dari hamba Allah.. (: semoga bermanfaat. 


.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014

No comments:

Post a Comment