Saturday, November 30, 2013

Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) Fakulti Pengajian Islam, UKM.


Sejarah Ringkas Penubuhan Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Pada tahun 2011 iaitu sesi 2011/2012, tertubuhnya satu organisasi di peringkat kepimpinan antara Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) dan kelab-kelab di setiap jabatan Fakulti Pengajian Islam. Nama Majlis Eksekutif (ME) telah ditubuhkan atas matlamat untuk merapatkan hubungan antara badan induk PMFPI dengan kelab-kelab di setiap jabatan. Disampingitu, satu usaha telah dilaksanakan iaitu penyelarasan program-program antara PMFPI dan kelab-kelab jabatan bagi menggelakkan pertembungan dan melancarkan lagi program yang dijalankan.

            Seterusnya pada sesi 2012/2013, satu perubahan berlaku daripada Majlis Eksekutif (ME) kepada Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) yang mana ia bersesuaian dengan bilangan ahli dengan gerak kerja yang dilakukan. Makanya lembaga mahasiswa ini diteruskan sehingga kini yang mana satu gerak kerja yang dinamik dengan kerjasama daripada pensyarah di fakulti dapat dilaksanakan untuk kebaikan semua khususnya mahasiswa Fakulti Pengajian Islam.


Visi:-
Menjadikan Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) sebagai sebuah lembaga mahasiswa yang dinamis dan kiritis dalam bidang pengurusan sesebuah aktiviti persatuan secara professional.


Misi:-
Membentuk satu mekanisme terbaik dalam mewujudkan aktiviti-aktiviti yang berkualiti samada di peringkat persatuan mahupun kelab-kelab jabatan di FakultiPengajian Islam.


Matlamat dan Objektif Badan Eksekutif Mahasiswa:-
  1. Menyelaraskan program-program antara kelab-kelab jabatan dan PMFPI.
  2. Merapatkan hubungan dan semangat kerjasama dibawah satu bumbung badan persatuan Fakulti Pengajian Islam.
  3. Melahirkan mahasiswa yang proaktif dan kreatif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
  4. Membentuk suatu program yang berkualiti tinggi dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya saing daripada pelbagai aspek samada akademik,  kokurikulum mahupun sahsiah.

Muhammad Amrun Bin Ruzali, 

Pengerusi Badan Eksekutif Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014

No comments:

Post a Comment