Friday, November 29, 2013

Pertemuan antara MPP FPI dengan Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM


28 November 2013 : JPP : Satu pertemuan diantara saya selaku ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam bersama Ir. Ab. Ghani Wahab Osman selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM untuk mengemukakan cadangan berkenaan tempat letak motosikal kepada beliau.

   Perjumpaan ini merupakan satu tindakan susulan yang dilakukan oleh saya selaku MPP FPI yang bertanggungjawab membawa suara Mahasiswa/I Fakulti Pengajian Islam dalam menyelesaikan masalah ini. Antara cadangan yang telah diutarakan oleh saya kepada beliau ialah berkenaan laluan motosikal yang telah dibincangkan oleh saya dengan Ketua Penolong Pendaftar FPI pada 26 november yang lalu. Selain itu, saya juga berharap agar cadangan ini dapat dilaksanakan dengan segera kerana laluan yang digunakan oleh sesetengah pelajar boleh membahayakan keselamatan mereka. 

   Pada pertemuan kali ini saya juga telah mengemukakan cadangan supaya Pihak JPP dapat membina tempat Letak Motosikal Berbumbung bersebelahan Fakulti Pengajian Islam. Ini kerana pelajar sering megahadapi kesulitan terutamanya apabila hujan. Alhamdulillah, segala cadangan yang telah saya kemukakan telah mendapat satu respon yang baik daripada beliau selaku Timbalan Pengarah JPP. 

    Akhir sekali terima kasih saya ucapakan kepada JPP kerana sudi mendengar suara kami. 


Suara Anda, Suara Kami, 

Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami. 


Yang Berkhidmat, 

Muhammad ‘Ammar Bin Azlan 
MPP Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014



No comments:

Post a Comment