Saturday, November 30, 2013

LAPORAN RINGKAS PROGRAM INTERGRASI PMFPI – PMKIAS KELANTAN

Assalamualaikum wrh wbt. Alhamdulillah. 

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) adalah satu persatuan induk yang menaungi lima kelab di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang sentiasa berperanan dan mengambil berat dalam menjaga kebajikan dan kepentingan para mahasiswa di Fakulti Pengajian Islam dalam menjana kekuatan fizikal, mental danjua spiritual. Selain memastikan mahasiswa mencapai kecemerlangan akademik, PMFPI berperanan melahirkan mahasiswa yang bersahsiah mulia, berketerampilan dalam segala bidang dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengharungi tanggungjawab sebagai mahasiswa.Justeru kecemerlangan yang seimbang di antara akademik dan kokurikulum dapat menjamin keunggulan mahasiswa kelak.

Perkongsian dua hala amat penting antara persatuan mahasiswa dalam pembentukan mahasiswa yang dinamik dan progresif dalam gerak kerja. Keupayaan untuk berkomunikasi dan mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam situasi yang sebenar pasti memantapkan lagi ilmu yang dimiliki agar menjadi mahasiswa yang berketrampilan. Sejajar dengan kehendak ini , 16 November 2013- Exco Hubugan Luar dan Pengantarabangsaan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam telah mengadakan satu intraksi bersama Persatuan Mahsiswa Kolej Islam Antarabangasa Sultan Ismail ataupun lebih dikenali dengan PMKIAS. Lajnah Hubungan Luar dan Pengantarabangsaan dibawah kelolaan Saudara Muhammad Hafiz Aizat  Bin Hut dan Siti Syarah Tawil serta ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam telah menganjurkan Integrasi Mahasiswa PMFPI UKM- KIAS pada 16 hingga 17 November 2013 yang lalu dengan bertemakan“ Mahasiswa Unggul Ikon Masa Depan” dalam usaha merealisasikan hasrat mewujudkan tokoh-tokoh professional yang berkeupayaan memberi nilai tambah kepada agama, bangsa dan negara.

Saudara Hafiz Aizat Bin Hut Selaku Ketua Pengarah berkata tujuan intraksi ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dengan pihak PMKIAS dalam menggerakkan agenda Biah Solehah. Saya memilih untuk mengadakanintraksi bersama dengan pihak PMKIAS kerana pada pandangan saya PMKIAS adalah antara institusi Pengajian Tinggi yang berjaya mengerakkan agenda Biah Solehah. Maka sesuai dengan usul Memperkasakan Biah Solehah yang perlu diperjuangkan oleh PMFPI sesi 2013/2014 yang dipimpimpin oleh saudara Muhammad ‘Ammar Bin Azlan.

Hafiz juga mengatakan bahawa kita sangat memerlukan perkongsian idea dengan pihak PMKIAS dalam mengerakakan agenda Biah Solehah. Agenda ini bukan sahaja mahu diterapkan di Fakulti Pengajian Islam bahakan Juga di UKM. Alhamdulillah hasil daripada perkongsian yang dilakukan, kami daripada pihak PMFPI mengucapkan ribuan terima kasih kepada PMKIAS yang diketuai saudara Amirul Amin kerana telah banyak berkongsi idea kepada kami untuk mempertingkatkan lagi usaha diperingkat kami dalam memperkasakan agenda Biah Solehah.


Antara matlamat program ini dijalankan adalah untuk menjana program kemahasiswaan dengan mengambil bahagian dalam membantu kerajaan dalam usaha melahirkan generasi muda yang berdinamis dan berkemampuan untuk memenuhi tuntutan yang lebih besar di dunia yang serba mencabari ni. Disampingitu,  dapat mewujudkan hubungan profesionalisme dan kerjasama di antara PMFPI UKM dan juga KIAS.

Walaubagaimanapun, antara objektif utama program ini dilaksanankan ialah bagi menjalin hubungan antara PMFPI UKM dan KIAS dalam urusan kebajikan, penyelidikan, intelektual dan professional dan sebagai medan kepada mahasiswa untuk menimba dan bertukar pandangan berkaitan pelaksanaan gerak kerja yang lebih efisyen.

Sekian Terima Kasih.






Lajnah Hubungan Luar dan Pengantarabangsaan 

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014



No comments:

Post a Comment