Saturday, April 10, 2010

Ilmu oh ilmu...Salam Imtihan...!!!

Kategori ilmu yang perlu dikuasai.



Imam Ghazali membahagikan ilmu kepada dua iaitu Ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah. Ilmu Fardhu Ain WAJIB dipelajari oleh setiap individu iaitu ilmu yang berkaitan akidah bagi memantapkan iman. Ilmu Fadhu kifayah pula ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh umat Islam tetapi tidak semua wajib. Apabila ada sebahagian yang telah mempelajarinya maka masyarakat secara amnya terlepas daripada dosa dan bebanan. Ilmu Fardhu Kifayah dikategorikan kepada dua iaitu :

1. Ilmu Syariat (Tafsir Quran, Hadis, Qiraah dsb.)

2. Ilmu bukan Syariat (perubatan,matematik n persenjataan dsb.)



Bahaya tertipu dengan Ilmu.



Imam Ghazali mengatakan golongan yang tertipu dengan ilmunya adalah mereka yang mempelajari ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Imam al-Tabrani dan al-Baihaqi meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud :
"Manusia yang mendapat azab yang paling keras adalah di hari kiamat ialah orang alim yang tidak mendapat manfaat daripada ilmunya".



ANTARA SUMBANGAN UMAT ISLAM TERDAHULU


1. ABU AL-QASIM AL-ZAHRAWI

- penciptaan alat-alat pembedahan seperti alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing.

- orang pertama megenalpasti penyakit keturunan 'hemofilia'



2. ABU ALI HASAN BIN HAITHAM

- orang pertama menjelaskan tentang bahagian-bahagian mata dan proses penglihatannya.

- menulis buku-buku tentang cahaya dan warna pada waktu matahari terbit.



3.IBN SINA

- orang pertama yang menjelaskan penyakit radang selaput otak atau 'meningitis'.

- sumbangan paling besar beliau ialah buku perubatan Qanun fi al-Tib yang menjadi rujukan para saintis dan pakar perubatan.



4. ABU ABDULLAH AL-BATTANI

- penemuan tahun syamsiah yang menepati penemuan pada hari ini iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat.

- menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik

- buku - buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin



5. JABIR IBN HAIYAN

-beliau banyak melaksanakan proses-proses sains seperti penghabluran, penyulingan, kalsinasi, sublimasi,dan penyejatan.

-buku-buku beliau seperti kitab al-kimiya dan kitab al-sab'een diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin.



MAHASISWA PERLU BANGKIT DARIPADA TIDUR


Menguasai ilmu semasa hukumnya adalah wajib. Tidak ada kecemerlangan tanpanya. Justeru, kesedaran perlu disemaikan di hati kita pada hari ini supaya kita menjadi golongan yang cintakan segala bidang ilmu termasuklah ilmu sains dan sebagainya. Hanya dengan ilmu sahaja kita akan mampu menjadi umat yang cemerlang dan gilang-gemilang. Berazamlah supaya kita berada di salah satu penjuru daripada penjuru-penjuru ilmu fardhu kifayah ini.

Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua mahasiswa Fakulti Pengajian Islam. Yakinlah anda mampu melakukannya.



No comments:

Post a Comment