Friday, July 23, 2010

PERUTUSAN MPP TAHUN 1 & 2


MOHD. ZAIM JUWAIDI BIN JAMALUDDIN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TAHUN 1 & 2
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillahi rabbil alamin. Syukur setinggi-tingginya dirafakkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmatNya kita masih diberikan peluang untuk bernafas dan melihat alam ciptaan Allah yang indah ini.Selawat serta salam ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w. seorang manusia agung di muka bumi.

Selamat datang kepada mahasiswa/i Tahun 1 sesi 2010/2011 yang telah berjaya melanjutkan pengajian ke Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tahniah dan syabas kerana telah memilih Fakulti Pengajian Islam UKM ini sebagai medan untuk mencari ilmu.

Saya menyeru kepada semua mahasiswa/i Tahun 1 supaya dapat bertaaruf dan menjalin hubungan persahabatan yang harmoni sesama rakan di Fakulti ini tanpa mengira umur mahupun bidang pengajian. Selain itu juga, saya menyeru agar semua mahasiswa/i dapat mengenali dan menunjukkan rasa hormat kepada semua pihak pentadbir fakulti serta para pensyarah di fakulti ini.Hubungan yang harmoni seperti ini akan memudahkan lagi kerjasama dan komunikasi antara semua pihak.

Saya juga mengingatkan agar semua mahasiswa/i supaya mendaftar sebagai ahli Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam dan juga Kelab – kelab jabatan serta melibatkan diri dengan aktif dalam setiap program yang dianjurkan.

Akhir kata, saya menyeru supaya para mahasiswa/i tahun 1 agar sentiasa teguh dengan jati diri masing-masing serta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kejutan budaya ataupun perkara yang tidak bermanfaat. Semoga mahasiswa/I Islam akan terus maju ke hadapan, berilmu serta berdaya saing global.

No comments:

Post a Comment