Friday, July 23, 2010

PERUTUSAN YANG DIPERTUA PMFPI

AMIR HAKIMI BIN AWANG BAKAR
YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali marilah kita menzahirkan rasa kesyukuran kita kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinanNya jualah kita masih mampu meneruskan misi kekhalifahan kita di muka bumi ini sehinggalah ke hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w. Semoga kita beroleh syafaatnya di akhirat kelak.

Ahlan wasahlan wa marhaban bikum kepada semua mahasiswa /i Tahun 1 bagi sesi 2010/2011 dan juga kepada semua mahasiswa yang masih lagi berjaya meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya. Tahniah dan syabas kepada mahasiswa/i baharu yang telah berjaya untuk melanjutkan pengajian ke Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selaku mahasiwa Islam kita harus sedar bahawa kita memikul amanah yang amat besar. Kita selaku mahasiswa yang mendalami ilmu agama dan nilai kemanusiaan seharusnya berada di hadapan dalam usaha mendidik masyarakat. Kita dapat melihat bagaimana masyarakat pada hari ini yang semakin runtuh nilai moralnya bahkan kadar jenayah juga semakin meningkat. Keadaan ini menyebabkan masyarakat hidup dalam keadaan yang tidak aman dan selamat. Oleh itu, kita perlu terus tampil mendekati masyarakat dan mendidik masyarakat dengan memberi pendedahan ilmu dan nilai-nilai moral. Di samping itu kita juga perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang pelbagai bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa.

Akhir bicara, saya mewakili Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, berharap agar sahabat-sahabat mahasiswa/i tahun 1 akan berjaya menempuhi alam pengajian yang baharu di Fakulti Pengajian Islam, Universiti kebangsaan Malaysia ini. Semoga berjaya melakar impian dan matlamat di universiti ini.

“Generasi baharu harapan pengislah ummah”

No comments:

Post a Comment