Saturday, July 17, 2010

PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS EKSEKUTIF


MOHD. SYAFID BIN ABU BAKAR
TIMBALAN YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS EKSEKUTIF
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


Pertama-tama marilah kita merafa’kan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t di atas nikmat Islam dan nikmat Iman. Saya selaku Pengerusi Majlis Eksekutif Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada mahasiswa/i tahun 1 bagi sesi 2010/2011.


Sahabat –sahabat yang dikasihi,


Allah telah mengariskan ikatan ukhwah dalam al-Quran dalam surah al-Hujarat ayat 10. Sesungguhnya kita umat Islam adalah bersaudara. Ayat ke-10 ini adalah lanjutan kepada ayat ke-9. Ayat ini menegaskan bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Orang-orang yang beriman sedar bahawa konsep persaudaraan (brotherhood) dalam Islam itu penting dan adalah sesuatu yang ‘berintigreti’ kepada kekuatan ummah.


Ikatan persaudaraan dalam Islam haruslah diutamakan dan kedudukannya mestilah di atas ikatan-ikatan lainnya.Ikatan persaudaraan dalam Islam adalah yang terbaik sifatnya yang merangkumi aspek kasih-sayang, tolong-menolong tanpa diskriminasi kelas, pangkat dan kedudukan juga tanpa tipu-menipu dan tindas-menindas. Sabda Rasulullah (SAW) hadis Baginda (SAW) mengenai persaudaraan:“Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya” (riwayat Muslim).


Sahabat-sahabat sekalian,


Dapat saya kaitkan tujuan penubuhan Majlis Eksekutif PMFPI. Majlis eksekutif ini telah ditubuhkan sejak kepimpinan yang terdahulu dan ianya terus diperkasakan pada kepimpinan pada kali ini. Majlis Eksekutif dipengerusikan oleh TYDP PMFPI dan dianggotai oleh YDP Kelab-kelab jabatan yakni Nahdah, Hujjah,Jakma,Jannah, Kufah dan kelab usahawan yang terletak dibawah pantauan YDP PMFPI.


Tujuan penubuhan Majlis eskekutif adalah untuk menyelaraskan program yang diadakan diperingkat Persatuan Mahasiswa dan kelab-kelab jabatan. Di samping itu. Majlis eksekutif berperanan untuk merancang satu program mega berskala besar seperti Karnival Kesenian Islam yang sebelum ini ini telah diadakan dan bertujuan untuk memupuk kerjasama diantara Persatuan Mahasiswa selaku Persatuan Induk di FPI bersama Kelab-Kelab jabatan.


Dapat disimpulkan tujuan utama penubuhan Majlis Eksekutif adalah untuk merapatkan ikatan ukhwah, kerjasama antara PMFPI dan kelab-kelab jabatan.Sehubungan dengan itu, saya berharap dengan penubuhan dan pemerkasaan Majlis Eksekutif mampu untuk memacukan PMFPI dan Kelab-kelab jabatan ke arah yang lebih baik dari segi perlaksaan program dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment